BRN HOME PAGE
BARISAN REVOLUSI NASIONAL MELAYU PATANI (BRN)
PATANI MALAY NATIONAL REVOLUTIONARY FRONT
SEBUAH FRON PEMBEBASAN PATANI
IS MANAGED BY THE STRONG RULING HARDCORE MEMBERS OF BRN
(DITADBIR OLEH PEMUKA-PEMUKA BRN)
DIKENALI DENGAN
MAJLIS PEMERINTAH REVOLUSI (MPR)
KNOWN AS
REVOLUTION COMMAND COUNCIL (RCC) OF BRN.
The are known by their nicknames:-
(Dikenali dengan nama samaran:-)
Asshahid Ustaz Karim
President : �� � � � � � � � � � � � � � � Abu Musa Al Jalal @ A. Yani
Deputy President : �� � � � � � � � � Colonel Lutfi
Vice President : �� � � � � � � � � � � Ustaz Abdul Aziz
Vice President : �� � � � � � � � � � � Mohd. Fauzi
Vice President : �� � � � � � � � � � � Abu Saffah
Secretary General : �� � � � � � � � Lukman Iskandar
Deput
y Secretary General : � � Abdulrahman Chaokunsaman
Deputy Secretary General : � � A. R. Kabir
Committee Members : � � � � � � Cikgu Bakar @ Hasbullah
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Ahmad Matnor @ Ahmad Jabat
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Abu Rijal
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Abu Ridwan
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � A. Bukhari
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Sauri
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Darsono
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Abdussalam
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � M. Dee
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Datuk Ahmad
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Abu Mirzan
� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � Abu Rizal
Only few of them have been made public. One�
of them is Lukman Iskandar, originally known as Kaman Chaokunsaman, Ahmad�
Matnor, Cikgu Bakar and Halim Hasamah. Most of them still underground.
Ditubuhkan pada 13 March 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian�
islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala.�
Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan�
Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff�
dan Abdul Qayoom. BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP�
(Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti�
Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee. Pada tahun 1963,�
Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat�
beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul�
Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar�
dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. Haji�
Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi�
nama PRN(S).
Ustaz Karim, Pengasas BRN
PEMBENTUKAN ANGKATAN BERSENJATA
BRN membentukan sayap militernya diberi nama ABREP ringkasan dari Angkatan�
Bersenjata Revolusi Patani, mengambil sempenan nama ABRI, Angkatan Bersenjata�
Republik Indonesia. pada tanggal 10 Oktober 1968. Bapak Idris, terkenal�
dengan nama Pak Yeh dilantik menjadi panglimanya. Tok Ki dilantik menjadi�
naib panglimanya. ABREP melancarkan peperangan sengit dengan tentera-tentera�
kaum penjajah di seluruh tanahair. Beribu-ribu anggota militer dan polisi�
musuh telah dibunuh melalui serang-hendap, sabotasi dan lain-lain provokasi�
senjata.
BRN DILANDA KRISIS
Pada tahun 1972, BRN mula dilanda krisis dalaman apabila Tengku Jalal mengistiharkan
dirinya keluar dari BRN dan membentuk sebuah fron sendiri diberi nama BNPP.
Pak Yeh juga ikut serta dalam pembelotan tersebut, mengambil langkah bersekongkol
dengan Tengku Jalal. Krisis ini berpunca atas alasan BRN masih kuat memperjuangkan
ideologi sosialisma, yang condong ke arah komunisma.
ROMBAKAN & PENYUSUNAN SEMULA
BRN mula membuat reformasinya menjelang tahun
1973 dengan mengambil pemuka-pemuka baru bagi mengisis kekosongan DPP. Mereka
termasuklah Abdulrahman Ahmad, Abdul Latif Matnor, Ahmad Majid, Shafie Basa,
Abdullah Putra, Ahmad Subarjo, Kadir Mayo, Mokhtar Waba dan Wan Ahmad Lembut.
Mereka merupakan ulamak-ulamak berkelulusan negara Arab, Malaysia dan Indonesia.
Manakala di dalam angkatan bersenjata pula, Mat Piah diangkat menjadi panglima
ABREP dengan Cikgu Ding sebagai pembantunya. Penentangan terhadap musuh
diteruskan secara perang gerila di hutan-belantara. Ustaz Karim masuk hutan
untuk memimpin ABREP selama 3 tahun (1972-1975)
PEMBENTUKAN BRIGED GERILA BANDAR
Bagi memperhebatkan peperangan secara gerila, BRN menubuhkan sebuah pasukan
gerila bandar diberi nama GURBAN pada tahun 1974. Seorang tokoh baru dalam
arena revolusi Patani diberi mandat untuk memimpin pasukan ini. Beliau ialah
Lukman Iskandar, seorang graduan dari universiti teknology di Malaysia dengan
dibantu oleh Masari Savari, graduan dari Algeria. Peperangan secara gerila
ini semakin hebat. Banyak sasaran mush telah dibinasakan oleh ABREP dan
GURBAN.
STRATEGI SECARA BAWAHTANAH
BRN meneruskan perjuangannya secara bawahtanah. Para pemimpinnya khususnya�
DPP, kebanyakannya berada di dalam tanahair air. Mereka terkenal sebagai�
public figure, tetapi tidak dikenali sebagai pemimpin BRN. Diantaranya termasuklah�
Amin, Presiden BRN yang menjadi Pengerusi, Majlis Agama Islam Propinsi Patani�
(MAIP). Pada detik itu MAIP dapat dilihat sebagai "pemerintah dalam pemerintah"�
karena dikuasai sepenuhnya oleh pemuka-pemuka BRN. Pemimpin GURBAN, Lukman,�
hidup sebagai seorang tenaga pengajar dibeberapa buah institusi pendidikan�
agama termasuk Thamwitya Mulniti dan Maahad Darul Maarif, milik penuh MAIP.
BRN DILANDA KRISIS PIMPINAN
Pada tahun 1977 BRN dilanda krisis yang paling serius apabila berlaku sengketa
diantara DPP dengan para pemimpin militernya. Sengketa ini bermula dari
pembatasan kuasa ke atas Sekretaris Agungnya, Ustaz Karim Hassan oleh DPP.
Krisis ini menular ke dalam ABREP dan GURBAN. Panglima-panglima ABREP dan
GURBAN, yang dikatakan menyeleweng, telah dipecat oleh DPP. Ini menyebabkan
ABREP dan GURBAN bangun menentang kewibawaan DPP. Sebuah sayap separa-militer,
KOGAP, ditubuhkan oleh Ustaz Karim, juga menyertai ABREP dan GURBAN. Pada
tahun 1979, ketiga-tiga cabang angkatan bersenjata BRN mengistiharkan pembubaran
DPP dan meletakkan BRN di bawah sebuah majlis diberi nama MAGERAD (Majlis
Gerakan Revolusi Dalam Negeri). MAGERAD dipimpin oleh tokoh-tokoh muda,
kader BRN yang tidak mengiktiraf kewibawaan DPP. Beberapa orang anggota
DPP telah dibunuh, dan sebagiannya melarikan diri ke luar negeri, termasuk
Amin, Abdulrahman Ahmad, Ahmad Majid dan Latiff Matnor. Manakala Abdullah
Putra dan Kadir Mayo dipenjarakan oleh pihak penjajah.� Abdullah mati dalam
penjara karena disiksa. Latiff, menyerah diri kepada penjajah, dan kembali
ke rumahnya. Anggota DPP yang disingkirkan dan masih bergerak secara bawahtanah,
membentuk satu kumpulan agama bernama Wahdah. Wahdah akhirnya dapat duduk
dalam satu kandang dengan Partai Harapan Baru pimpinan Jenral Chavalit.
MAGERAD (MAJLIS GERAKAN REVOLUSI DALAM NEGERI)
Karim diangkat menjadi Presiden BRN, dan jabatan Sekretaris Agungnya berpindah
kepada Ahmad Subarjo, sarjana lulusan dari universitas Indonesia. Lukman
diangkat memegang potfolio Luar Negeri.
ANGGOTA MAGERAD
1. Abdul Karim Hassan �� President
2. Ahmad Shariff �� Deputy President
3. Ahmad Subarjo �� Secretary General
4. Cikmuda Temiung �� Deputy Secretary General
5. Lukman Iskandar �� Secretary of Foreign Affairs
6. Abdullah Ismail �� Secretary of Finance
7. Harun Kotabaru �� Deputy Secretary of Finance
8. Zubir Hassan � � Secretary of Interior
9. Fazil Kongpinang �� Deputy Secretary of Interior
10. Zainunman � � Secretary of Defense
11. Cikgu Ping � � Deputy Secretary of Defense
12. Abdullah Berhak �� Deputy Secretary of Foreign Affairs
13. Ishak Hasamoh �� Secretary of Education and Social Affairs
14. Aziz Nat Tebing �� Deputy Secretary of Education
15. Yahaya (Pakistan) �� Secretary of Information
16. Ahmad Matnor �� Deputy Secretary of Information
17. Cikgu Bakar � � Member of Magerad
18. Haji Ali Khokpho �� Member of Magerad
19. Ismail Jabat � � Member of Magerad
20. Ramli Salapao �� Member of Magerad
BERAKHIRNYA ERA MAGERAD
Pada tahun 1984, sebagian besar dari pemuka-pemuka BRN yang menerajui
MAGERAD� telah memberontak menentang kepimpinan Ustaz Karim dan Ahmad Subarjo.
Mereka� menamakan diri mereka Kongres berikutan krisis politik di India
pada detik� itu. Turut serta dalam penderhakaan ini ialah Pak Bustamam dan
pembantunya,� Cikgu Pin. Manakala Lukman, yang meninjau situasi politik
BRN mula mengatur� strategi berbaik-baik dengan semua fraksi BRN. Akhirnya
pada tahun 1986,� Lukman membentuk sebuah pasukan militer atas restu Ustaz
Karim, dikenali� dengan nama PKRRP atau Pasukan Komando Revolusi Rakyat
Patani. Sama ada� Kongres (KOGAP) atau BRN pimpinan Ustaz Karim, bernaung
dibawah kekuatan dan kehebatan� PKRRP.
Kongres, yang lebih dikenali sebagai KOGAP, dapat dilihat sebagai hancur
binasa apabila pemimpinnya, Zainunman� mati dibunuh di Jabat, sebuah daerah
yang menjadi kekuatan pengaruh Ustaz� Karim, Kiyai yang mengasas BRN dan
sebagai Bapak Revolusi Patani, pada tahun 1988. Bagaimanapun Lukman, sebagai
bekas kepala KOGAP, masih sayangkan KOGAP dan terus memberi perlindungan
dan sokongan moralnya, hinggalah KOGAP dibinasakan oleh teman ikrabnya sendiri,
PKRRP, pada tahun-tahun berikutnya.
ERA PKRRP
Aktivitas PKRRP tidak banyak diketahui umum. Pasukan ini terkenal karena�
dipimpin oleh Lukman Iskandar, seorang tokoh kontroversi BRN yang menentang�
DPP. Objektif pembentukan pasukan ini kurang jelas. Dari kalangan Kongres�
atau BRN sendiri tiada siapa yang menyedari bahawa PKRRP itu ditubuhkan�
bagi tujuan mengambil-alih pimpinan BRN atau satu kudeta sulit/senyap dalam�
BRN. PKRRP dianggotai oleh anggota-anggota BRN yang mendapat latihan militer�
di Indonesia, Malaysia, Lebanon dan Libya. Lukman tidak menjadi kepala PKRRP�
sebaliknya ia dipimpin oleh seorang yang bergelar Kolonel A. Yani. A. Yani�
diawal pembentukannya dipegang oleh Awang Abdullah, graduan sarjana dari�
Indonesia. Awang digantikan oleh Halim Hasamah, juga graduan dari Indonesia.
DIALOG-DIALOG KE ARAH PERDAMAIAN
Pada tahun 1991, berlaku perubahan polisi kaum penjajah terhadap tanah
jajahannya,� Patani. Pihak pemerintah di Bangkok telah membuat keputusan
untuk mengadakan� dailog-dailog menyelesaikan problem di Patani. Beberapa
siri konfrensi telah� diadakan secara terbungkus diantara PKRRP dan Tentera
Bagian Eampat. Tentera� Bagian Empat meminta PKRRP mengemukakan proposal
ke arah perdamaian. Di tahap awal rundingan damai, KOGAP kelihatan berada
bersama dengan pemuka-pemuka PKRRP. Pada detik terakhir, KOGAP menarik dirinya
keluar dari sidang meja bundar. Maka tinggallah PKRRP dalam sidang tersebut
bersama beberapa orang anggota-anggota Lijan Patani .
TUNTUTAN 22 PERKARA
PKRRP menyiapkan kerangka syarat-syarat bagi menuju ke arah perdamaian, yang digariskan sebagai berikut:-
TUNTUTAN 22 PERKARA (Tuntutan Asal)
1. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf pembentukan Majlis Tertinggi Pemimpin
Islam Selatan Thailand sebagai badan legislatif dan eksekutif tertinggi
di Selatan Thailand untuk mengambil-alih fungsi dari Pusat Pentadbiran Wilayah
Sempadan Selatan Thailand.
2. Kerajaan Thailand hendaklah segera melantik seorang Gobenor General untuk
menjadi ketua dan mengambil-alih fungsi Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah
Sempadan Selatan Thailand
3. Kerajaan Thailand hendaklah melantik semua governor di lima wilayah dari kalangan orang-orang Melayu.
4. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Kedua di Selatan Thailand.
5. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Islam sebagai Agama Resmi di Selatan Thailand.
6. Kerajaan Thailand hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 50 % orang Islam/Melayu menjadi kaki-tangan dan pegawainya.
7. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk Mahkamah Shariyah di peringkat Wilayah dan daerah.
8. Semua pembangunan economi hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand.
9. Semua cukai dan hasilan yang diperolehi di Selatan Thailand hendaklah dibelanjakan untuk pembangunan di Selatan Thailand.
10. Kerajaan Thailand hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah di selatan Thailand.
11. Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib di
sekolah-sekolah kebangsaan Thai kepada pelajar-pelajar Islam.
12. Semua pembangunan sosial hendaklah mengikut prinsip agama Islam.
13. Pelacuran, salahguna dadah dan pusat perjudian hendaklah dihapuskan di Selatan Thailand.
14. Saluran televisyen dan radio dalam Bahasa Melayu hendaklah diadakan di Selatan Thailand.
15. Budaya, adat-resam dan adat-istiadat Melayu hendaklah dikekalkan di Selatan Thailand.
16. Semua pejuang pembebasan hendaklah dibenarkan pulang bersama keluarga mereka tanpa sebarang rekod jenayah.
17. Semua pejuang pembebasan yang berkelayakan hendaklah diterima sebagai kakitangan kerajaan.
18. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk pasukan pengaman mengandungi semua pejuang-pejuang pembebasan.
19. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk sebuah pasukan kepolisian mengandungi
anggota-anggota pemisah bagi menjadi keamanan dan ketenteraman awam.
20. Mana-mana tuntutan jika ada, hendaklah dimajukan kepada Duli Maharaja untuk mendapat restu dan kelulusan baginda.
21. Semua perjanjian atau dokument bertulis mengenai hal ehwal Selatan Thailand hendaklah mendapat restu dan perkenan di raja.
22. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Damai hendaklah dilindungi dan dihormati berdasarkan kepada Perlembagaan Thailand.
Dalam siri pusingan awal rundingan damai , Ustaz
Karim bersama Jenral Chalermphol Charoenying, Professor Preecha, perwakilan
diraja Thailand. Di belakang ialah Idris Mansanit, Lukman Iskandar dan Sofian
Savari.
LUKMAN DIPENJARAKAN OLEH MALAYSIA
Lukman telah diserbu oleh polisi rahasia Malaysia dan disumbatkan dalam penjara
ISA pada awal tahun 1992, beberapa hari sebelum PKRRP dijadualkan menandatangani
dokumen damai dengan Tentera Bagian Empat. Analisa politik menuduh pemerintah
Malaysia mengkhianati revolusi Patani karena sejak dulu lagi menganggap
Lukman sebagai persona non grata.
PERJANJIAAN DAMAI
Pada tanggal 26, 27 dan 28 April 1992, satu konfrensi meja bundar diteruskan
lagi diantara PKRRP dan Tentera Bagian Empat. Pada hari akhir, tanggal 28
April 1992, Tentera Bagian Empat menandatangani perjanjian damai dengan
PKRRP bertempat di Kuala Lumpur Hotel Hilton Internasional.
PENGKHIANATAN KOGAP
KOGAP yang mengakui diri mereka Kongres, menuduh PKRRP sudah munafik dan
pengkhianat kepada revolusi Patani. KOGAP sebelum ini tidak celupar mulut,
tetapi karena Lukman berada dipenjara, kuat sekali mengecam dan cuba membinasakan
PKRRP. KOGAP membuat rencana busuk untuk membunuh beberapa orang pemimpin
PKRRP. Salah seorang pemimpin PKRRP, Ahmad Matnor, ditembak curi oleh anggota
militer KOGAP. Ahmad Matnor, atas nama PKRRP yang menandatangani dokumen
damai dengan Thailand, menggunakan seluruh kekuatan PKRRP dengan dokongan
pesawat perang tentera musuh (penjajah Siam), menggempur habis-habisan basis
dan benteng kuat KOGAP.
KOGAP tidak belajar dari sejarah bahawa BRN di era pimpinan DPP yang prokomunis
juga pernah membinasakan seteru lawannya, iaitu BNPP yang lahir hasil perpecahan
BRN. KOGAP sendiri juga zalim karena membunuh ramai anggota DPP, dan di
era 1980an, untuk mengemaskinikan kekuatan militer dalam negerinya, pada
tahun 1980an, telah membunuh anggota-anggota PULO. PULO juga tidak belajar
dari sejarah karena kelahirannya direstui oleh Malaysia dan Thailand demi
untuk menghancurkan BRN, atas alasan besar bahwa BRN itu komunis. KOGAP
kembali bermain api apabila membentuk sebuah fron dengan serpihan PULO dan
saki baki BNPP untuk menentang BRN.
PKRRP MERAMPAS KUASA
Lukman dibebaskan dari penjara ISA pada akhir tahun 1994 karena menang dalam
sidang mahkamah bahwa dia dipenjara secara haram oleh pemerintah Malaysia.
Padahal ISA itu tidak bisa dicabar di mana-mana mahkamah. Lukman dibebaskan
dari penjara ISA atas perintah mahkamah. Mahkamah juga perintah supaya dibayar
ganjaran kerugian berjumlah berjuta-juta ringgit. Rampasan kuasa sulit ini
hanya dengan memecahkan kekuatan KOGAP karena menarik keluar Pakcik Nan
Kong Pinang, komandan daerah militer ABRIP. Dalam waktu yang sama juga KOGAP
ditentang oleh pemuka-pemuka KOGAP yang menjadi nadi MAGERAD dulu dikepalai
oleh Pak Yunus, juga naib kepala KOGAP di era Zainunman. PKRRP meletakkan
kembali Ustaz Karim sebagai Presiden BRN dan Lukman sendiri menjadi Sekretaris
Agungnya.
KARIM MENGEPALAI RUNDINGAN DAMAI
PKRRP mengheret Ustaz Karim ke sidang meja bundar dengan Thailand. Rundingan
diadakan dengan Majlis Privi Thailand di Bangkok pada awal tahun 1995. KOGAP
melalui rangkaiannya menuduh PKRRP mencolik Ustaz Karim dan menyerahkan
beliau kepada pemerintah Thailand.
Ustaz Karim diapit oleh Lukman di kanan, dan Sofian di kiri.
� Ustaz Karim, Gen. Parnthep dan Gen. Chalermphol dalam perbahasan. Di
kiri Ustaz Karim, kelihatan tangan sahaja, Lukman Iskandar.
Go to Lukman's Novel
Go to BRN Page
Go to Patani Page
Or visit us at PKRRP Page
or our other attractive page at BRN
and at this Patani Page